05 Disember 2012

Dalil Daripada Hadis

“     Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari)     ”

 Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tujuh golongan dilindungan Allah di hari yang tidak ada lindungan selain lindunganNya :
  1. Imam(pemerintah) yang Adil,
  2. Pemuda yang masa mudanyadipergunakannya untuk beribadat kepada Allah, 
  3. Seorang lelaki yang hatinya terikat ke masjid,
  4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah,
  5. Seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan bangsawan dan jelita tetapi lelaki itu menolak dengan mengucapkan : "Sesungguhnya saya takut kepada Allah",
  6. Seseorang yang bersedekah dan disembunyikan sehingga tangan kanannya tiada mengetahui apa yang nafkahkannya oleh tangan kirinya,
  7. Seseorang yang mengingati Allah di waktu sendirian lalu berlinangan air matanya."
Hadis sahih riwayat Muslim

http://myibrah.com/wp-content/uploads/2011/11/harta.jpg

Dalil Daripada Al Quran

Makna sedekah memang sering menunjukkan makna memberikan harta untuk hal tertentu di jalan Allah S.W.T , sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an. Di antaranya adalah :-

“     Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan  perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah : ayat 264)   ”

“     Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.(Surah An-Nisaa’ : ayat 114)   ”

“     Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah : ayat 60)   "

http://n9kini.com/wp-content/uploads/2012/10/minta-sedekah.jpg

04 Disember 2012

Pengertian Sedekah

Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar.

Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan
dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan
mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian
iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin,
kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.

http://simartanto.files.wordpress.com/2012/01/sedekah2.jpg?w=604